Minggu lepas (9hb - 10hb Mei 2009), cik Ct & Biah datang penang (lawatan tahunan depa ke penang sambil melawat aku skali ler hehehe)... yahoo!!!! aku boleh ikut depa jalan2. kali nie we all sempat ler cover sampai SP, Lembang Bujang, Yan, Kuala Perlis, Padang Besar, UUM and balik semula ke penang malam tu....

Artifak sejarah di Lembah Bujang.
Peta topografi kawasan Gunung Jerai, Yan dan Lembah Bujang.

Kami singgah bersarapan di Tanjung Dawai, menu bihun goreng, laksa, nasi lemak & teh tarik...posing jap kat jeti tanjung dawai, pastu beli ikan masin n keropok as a gift utk kekawan. Teruskan perjalan ke Kuala Perlis melalui Yan, bestnye pemandangan kat sini, saujana mata memadang, kiri kanan sawah padi menghijau, ditambah dengan latarbelakng gunung jerai....SubhanaAllah, cantik sungguh ciptaanMu...
Biah tercari-cari barang untuk dibawa balik ke kuching.
Pose istimewa di bendang... tuan punya tak tahu plak, main singgah n take a snapp....Agak dah nak balik, baru "pakcik"tuan punya bendang tu muncul, kite pun ajak dia ambik gambar skali ler....puas jugak ajak pakcik tu ambik gambar, akhirnya dia setuju...tq pakcik - lupa pulak nak tanya nama dia... ishk ishk.
Gambar dengan tuan punya bendang.
Sampai Kuala Perlis dah agak lewat, perut pun dah berkeroncong, but this time we all tak nak makan nasi, kite nak pekena laksa kuala perlis yang terkenal sedap tu...cari punya cari terjumpa kedai laksa "Kak Su", ape yang meranik kat sini????
Laksa yang dihidang bersama dengan Pulut Udang!!!
Erm sedap tak terkata Biah menikmati Laksa kuala Perlis...Kami teruskan perjalanan menuju ker Padang besar, nak shopping ker???, kali ini tujuan ke Padang Besar bukan untuk shopping sekadar buat lawatan sambil cuci mata, alasan lain sebab dah lama tak pergi...hahaha
Dari perhatian saya, hanya bilangan kedai-kedai semakin bertambah, namun saya tak teruja untuk berbelanja, kerana rata-rata barangan yang ditawarkan adalah sama dengan yang terdapat di tempat kita. Harga pun lebih kurang, cuma grab 2 comforter (atas permintaan anak sedara) dengan harga RM35.00 satu...balik rumah, banding harga comforter yang teman serumah beli di Kompleks Kalain Penaga, kualiti sama cuma RM36.90..
Sibuk mencari corak comforter.


Destinasi terakhir Universiti Utara Malaysia, untuk tidak menghampakan Biah (ex-student UUM), kita layan jerlah...lg pun i tak pernah jejak kaki lagi ke sini, mungkin peluang ni datang sekali saja dalam hidup hehehe. Sunyi sepi keadaan sekeliling almaklumlah student tengah cuti...berhenti tak lama di UUM sebab waktu dah senja n kami kena balik penang semula... kejar masa nak menikmati makam malam di TELUK TEMPOYAK.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan