Khamis, 21 Mei 2009

Happy Birthday to CT


Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to CT......Happy birthday to you. Birthday yang ke berapa ni?...36th pada 9hb May...ooppps, alamak. What everlah, umur tu kan sekadar angka. T, semoga suksess selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah....that my wish to you.....hari tu zahir tak terucap masa ko tanya..terkedu pulak aku, termalu pun ada rase...klau ko baca blog aku nie, ko tau lah...aku bukan nak wish n bagi ko sorang dengar, tapi untuk semua n sesiapa sahaja yang baca blog nie...grand gitu.

Aik tu bukan anak kucing ler...ishk.ishk

Maaf aku tak sedia sebarang hadiah untuk ko....tapi yang pastinye aku n biah yang makan banyak kek tu..ko cuit sikit jer sbb ko kate lebih suka makan puding caremal yang aku buat!! apa-apa je lah CT.
Terkenang masa kecik-kecik ke?

CT & Biah jadi duta for Mother's Day Cake..

Erm.... yummy, yummy, thanks birthday girl, we all sibuk makan, ko ambik gambar jelah.

Yelah sape tak teruja dapat hadiah besday digicam yang canggih gitu....syoknye..Dapat makan kek nie lewat sehari sebab kita org semua keletihan malam tu, so terus tido jer..

*Tak lupa untuk sorang lagi member aku yang sambut hari lahir yang sama hari, aik nama pun CT gak, Siti Rohani..happy birthday n all the best both of you.

Isnin, 18 Mei 2009

H1N1 - sekadar petanda or malapetaka?


H1N1 or Swine Flu or Selsema Babi? apa pun nama yang diberi, bahang malapetaka yang dibawa tetap memberi kesan kepada setiap individu.. Ketika para sarjawanawan ekonomi bergelut mencari formula baru untuk menangani kemelut kejatuhan ekonomi dunia...Golongan pengamal perubatan turut bergelut dengan penyebaran virus baru H1N1.... begitu hakikatnya kini, dunia tanpa sempadan, penyakit juga merebak dengan cepat tanpa boleh disempadani lagi...Hanya berapa hari virus itu dikesan di Mexico telah merebak ke USA, Canada dan negara sempadannya yang terdekat....

Kini telah menjangkau lebih daripada 34 negara yang dikenalpasti.. Malaysia juga tidak terlepas dari virus ini.. kes ke-2 telah disahkan 2 hari lepas.

Pertama kali mendengar kewujudan virus ini kira-kira 2 minggu lepas, dari siaran berita tv...oleh kerana ada sifat suka ambik tahu, saya pun buat rujukan lanjut sama ada dari internet or bahan cetak lain...rupa2nya ia bukan pertma kali dunia dikejutkan dengan virus H1N1, kerana virus yang seakan sama telah melanda dunia tahun pada 1918 yang dikenali sebagai Sepanyol flu dan telah mengorbankan jutaan nyawa.

Pelbagai persoalan timbul dibenak ini. Dengan kecanggihan teknologi kini, dapatkah semua ini diatasi? bagaimana kuman yang kecil itu boleh meluluh lantakan seluruh dunia? Senjata canggih yang boleh musnahkan sesebuah negara, tetapi kenapa kuman sebesar hama itu masih tidak boleh dimusnahkan?

Perlukah kita berpeluk tubuh kerana, kita masih selamat dan belum dijangkiti? Perlukah kita melarikan diri dari penyakit ini? Kemana sekalian kita hendak lari menyelamatkan diri? Yang pasti tetapkan arah larian kita. Arahnya ke arah tempat yang diredai Allah Subahanawataala. Bagi yang tergelincir kembalilah kelandasan yang benar. Perpegang teguhlah pada perintah Allah, tinggalkan semua laranganNya..

Renunglah jauh ke dalam setiap tragedi, sama ada kita menggapnya sebagai takdir yang tertulis atau sebagai petanda akhir zaman...Allah sedang menguji setiap mahluknya. Ujian itu silih berganti dan di turunkan dalam berbagai-bagai bentuk, H1N1 mungkin salah satunya..begitulah hanya Allah yang maha tahu!!!!!!Ya Allah aku berlindung hanya padamu, dan Kau cucurilah rahmatMu keatas junjungan besar kami Muhamad Rasulullah... kerana tanpa doa dan rasa cintanya kepada kami umatnya, sudah tentu Kau telah mengazab kami dengan ujian yang maha pedih....Amin, Amin Yarabal Alamin

Alahai Teluk Tempoyak......

Fenomena indah ini dirakam 2 minggu lepas (9hb Mei 09) ketika menjamu selera di Teluk Tempoyak.. Teluk tempoyak merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah selatan Pulau Pinang... Sepanjang saya menetap di Penang ni (lebih kurang 16 tahun), kalau teringin nak makan ikan bakar, inilah tempat yang akan saya kunjungi. Walaupun sudah terdapat banyak gerai ikan bakar lain dan ada di antaranya terletak berhampiran dengan kawasan kediaman saya..

Itulah yang dinamakan nostalgia mungkin or cinta pandang pertama..Kerana tempat inilah yang mula-mula saya kunjungi..dan memang banyak kenangan bersama-sama rakan seperjuangan dulu tercatat di sini. Untuk sampai ke tempat ini terpaksa melalui bukit dan selekoh yang tajam, tapi itu tak mematahkan semangat kawan-kawan yang lain, ketika itu kami hanya menaiki motorsikal. Betapa teruja masing-masing hendak menjamu selera dengan ikan bakar Teluk Tempoyak. CT salah seorang sahabat yang menjadikan tempat ini kawasan wajib untuk di lawati bila berkunjung ke Penang.
Gambar2 ini diambil ketika kunjungan CT ke penang tahun ini...
Bulan purnama di teluk tempoyak...Cantik shoot nie, guna kemera CT yang canggih tu Sony dx2000..

Sementara menunggu menu ikan bakar siap, rata kerang rebus dengan sotong goreng tepung dulu ler, as a appertiser ler konon.

Dah makan half, baru teringat nak ambik gambar ikan bakar nie...

Terpaksa ler lupakan program diet bila berkunjung ke sini..

Untuk kawan-kawanku yang lain, tempat ini tak banyak yang berubah, cuma gerai asal telah dipindahkan ke arah berdekatan jeti, 50mter dari tapak asal saja.. ini untuk menampung bilangan pengunjung yang datang.....


Nama2 sabahabatku yang pernah menjamu selera bersamaku di sini, yang masih kuingati....Aziana, Ma'ani, Na'asah, CT Lipah, Biah, CT Nurfadzera, Zaviyah (K. Long), Ros, Azalina, Zety, Roslina, Adzliza, Azie, Zihan, Asmawati, Karim, Nor Eta, K. Lin, Jayanti (K. Jay), Ariza, Nursamihah, Fazilan, CT Noraini, Noah, Izan, Jusafariah, Azila, Linot, Nora, K. Yah, Mek Ni, Sy Mimi, Ramli, n family member dari Sandakan, Johor & Sidam Kedah...kalau ada antara nama2 yang tak disebutkan, ribuan maaf kupohonkan,

Jumaat, 15 Mei 2009

JJCM bersama CT & Biah

Minggu lepas (9hb - 10hb Mei 2009), cik Ct & Biah datang penang (lawatan tahunan depa ke penang sambil melawat aku skali ler hehehe)... yahoo!!!! aku boleh ikut depa jalan2. kali nie we all sempat ler cover sampai SP, Lembang Bujang, Yan, Kuala Perlis, Padang Besar, UUM and balik semula ke penang malam tu....






Start journey at 6.30 am on 9th May, dari taman pekaka menuju utara, kuar toll sp selatan n we teruskan melalui jalan kampung. 1st destination Lembah Bujang. pertama kali i jejak kaki ke tempat sejarah nie, selalu pass by jer kawasan nie...sampai mmg awal sebelum ofis buka lg... tapi hujan rahmat turun mencurah-curah sebaik kita org sampai..erm reda jelah dalam hujan tu!!

Salah satu khazanah hutan yang banyak terdapat di Lembah Bujang - Pokok Petai :)





Artifak sejarah di Lembah Bujang.







Peta topografi kawasan Gunung Jerai, Yan dan Lembah Bujang.

Kami singgah bersarapan di Tanjung Dawai, menu bihun goreng, laksa, nasi lemak & teh tarik...posing jap kat jeti tanjung dawai, pastu beli ikan masin n keropok as a gift utk kekawan. Teruskan perjalan ke Kuala Perlis melalui Yan, bestnye pemandangan kat sini, saujana mata memadang, kiri kanan sawah padi menghijau, ditambah dengan latarbelakng gunung jerai....SubhanaAllah, cantik sungguh ciptaanMu...
Biah tercari-cari barang untuk dibawa balik ke kuching.

Pose istimewa di bendang... tuan punya tak tahu plak, main singgah n take a snapp....

Agak dah nak balik, baru "pakcik"tuan punya bendang tu muncul, kite pun ajak dia ambik gambar skali ler....puas jugak ajak pakcik tu ambik gambar, akhirnya dia setuju...tq pakcik - lupa pulak nak tanya nama dia... ishk ishk.

Gambar dengan tuan punya bendang.

Sampai Kuala Perlis dah agak lewat, perut pun dah berkeroncong, but this time we all tak nak makan nasi, kite nak pekena laksa kuala perlis yang terkenal sedap tu...cari punya cari terjumpa kedai laksa "Kak Su", ape yang meranik kat sini????

Laksa yang dihidang bersama dengan Pulut Udang!!!


Erm sedap tak terkata Biah menikmati Laksa kuala Perlis...

no body knows? dalam kepala otak masing2, macam kedai or gerai laksa yang lain ler kot... menu utama memang laksa semata-mata.....atas meja ada pulut udang, so sebelum laksa sampai kita balun pulut udang dulu lah.. sambil pandang sekeliling pelanggan lain meniknati laksa. Now baru ler kita orang tau kenapa pulut udang tu tersedia atas meja... rupa-rupanya orang-orang kat sini menikmati laksa bersama dengan pulut udang... rasa macam pelik kan, tapi dah rasa, "sedap siot"... ct kata..manisnye pengalaman baru yg tak terduga nie...Sebelum balik sempat tanya kt tuan kedai, perbezaan laksa special n biasa...menurutnya perbezaan terletak pada kuahnya....kuah disediakan berasingan, kuah utnuk yang special telak lebih ikan..lemak macam letak santan....erm sedap tak terkata.

Kami teruskan perjalanan menuju ker Padang besar, nak shopping ker???, kali ini tujuan ke Padang Besar bukan untuk shopping sekadar buat lawatan sambil cuci mata, alasan lain sebab dah lama tak pergi...hahaha

Dari perhatian saya, hanya bilangan kedai-kedai semakin bertambah, namun saya tak teruja untuk berbelanja, kerana rata-rata barangan yang ditawarkan adalah sama dengan yang terdapat di tempat kita. Harga pun lebih kurang, cuma grab 2 comforter (atas permintaan anak sedara) dengan harga RM35.00 satu...balik rumah, banding harga comforter yang teman serumah beli di Kompleks Kalain Penaga, kualiti sama cuma RM36.90..

Sibuk mencari corak comforter.

Perjalan balik dari Padang Besar singgah lepaskan lelah sat di hentian Tasik Timah Tasoh. Kompleks hentian yang dibina gah hanya terbiar tak perpenghuni..

Kebetulan kunjungan kali ini ke perlis ketika musim mempelam, deretan gerai di kiri kanan jalan menjual buah mempelam... so apa lagi, we all tak lepaskan peluang singgah di salah satu gerai yang menjual MEMPELAM HARUM MANIS signature of Perlis.....just ambik gambar jer, tak mampu nak beli terlalu mahal harga sekilo antara RM10.00 - RM14.00, harga manga yang diimport pun tak sampai RM10.00.



Destinasi terakhir Universiti Utara Malaysia, untuk tidak menghampakan Biah (ex-student UUM), kita layan jerlah...lg pun i tak pernah jejak kaki lagi ke sini, mungkin peluang ni datang sekali saja dalam hidup hehehe. Sunyi sepi keadaan sekeliling almaklumlah student tengah cuti...berhenti tak lama di UUM sebab waktu dah senja n kami kena balik penang semula... kejar masa nak menikmati makam malam di TELUK TEMPOYAK.

Rabu, 13 Mei 2009

Pameran MIHAS (MALAYSIAN INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE) 2009


International Halal Showcase (MIHAS 2009) yang ke-6 telah berlansung di MATRADE Kuala Lumpur pada 6hb - 10hb Mei 09 yag lalu. Saya kira bernasib baik kerana dapat melawat pameran tersebut (atas tajaan syarikat), dapat pelbagai info berkenaan produk2 halal, terutama produk makanan, memang sesuai untuk saya yang bekerja under F&B company nie..kita sambung nanti ler cite pasal gi MIHAS nie. Time's up. waktu kerje dah habis...hehehe