Jumaat, 17 Julai 2009

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Renungan bermakna...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi / aerobic / yoga / masakan dan sebagainya..."

Khamis, 16 Julai 2009

Nikah Mutaah or Nafkah Mutaah


Malu rasenya ketika seorang kawan minta penjelasan berkenaan nikah mutaah...nafkah mutaah pernah lah dengar...ni nikah mutaah plak, tanya balik kenapa persoalan ini ditimbulkan? rupa2nya kawan nie terbaca dalam surat khabar, jerat percintaan antara gadis tempatan dengan pemuda dari Asia Barat. Bunyinya macam seronok jer, apa salah jatuh cinta dengan orang asing, cinta kan tak mengenal sempadan lagi pun yang bercinta tu sesalunya golongan terpelajar..apa yang nak dijadikan isu sangat, bukan perkara baru orang tempatan menjalin asmara dengan warga asing yang Indonesia ada, Bangladesh ada, Nepal, Vietnam, Paskitan dan macam-macam bangsa lagi. Isu utama mestilah berkenaan kenegaraan dan persempadanan geografi

Namun cinta dengan pemuda dari Asia Barat nie lain pulak ceritanya, isu nikah mutaah ditimbulkan... Apakah Nikah Mutaah?
Nikah mutaah adalah hukumnya adalah HARAM.. berikut penjelasannya;

NIKAH atau kahwin mutaah ialah kahwin sementara atau akad nikah yang dilakukan dengan syarat ditentukan tempoh, seminggu, sebulan, dua tahun dan sebagainya. Ia berasal daripada tradisi Arab jahiliah. Pada waktu berkenaan seorang pedagang, misalnya, apabila mengunjungi kota Makkah, dia memerlukan seorang perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.Dia boleh berkahwin sementara dengan perempuan Makkah selepas ditentukan masa dan bayarannya. Islam mengharamkan nikah seperti ini (Dusuki Ahmad, 1988: 243). Antara sebab ia tidak dapat diterima dan diharamkan ialah ia tidak menepati semangat perkahwinan dan sistem kekeluargaan Islam. Nikah mutaah tidak mampu menjadikan perhubungan dan kehidupan suami isteri penuh dengan kebahagiaan dan kemesraan.Ia juga tidak mampu mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama suami isteri. Anak yang lahir juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Manakala taraf wanita menjadi rendah dan mudah dieksploitasikan. Islam mengharamkan nikah mutaah kerana sebab negatif berkenaan.Ayat 24 surah an-Nisa bermaksud: “…kemudian mana-mana mereka [iaitu perempuan yang menjadi isteri kamu] yang kamu nikmati percampuran dengannya, maka berikanlah mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan.”Ayat al-Quran berbentuk umum ini digunakan untuk nikah mutaah. Nikah mutaah pada mula dibenarkan pada masa permulaan Islam, tetapi kemudian diharamkan.Menurut Ibn Rushd, riwayat hadis daripada Rasulullah secara mutawatir mengharamkan nikah itu.Perselisihan yang timbul hanya mengenai masa ia diharamkan sahaja. Ada yang menyatakan pada hari Khaibar, pembukaan Kota Makkah, perang Tabuk, haji wida dan sebagainya. Bagaimanapun, pendapat umum menyatakan Ibnu Abbas menghalalkan nikah mutaah. Beliau turut berdalil dengan ayat al-Quran di atas. Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berpendapat nikah mutaah adalah semata-mata rahmat Allah kepada umat Muhammad dan sekiranya Umar tidak melarangnya, nescaya zina tidak berlaku kecuali dari kalangan orang jahat sahaja (Ibn Rushd, II: 97). Secara umum seluruh mazhab empat mengharamkan nikah mutaah. Ini kerana ia menetapkan had waktu sesuatu perkahwinan. Hanya golongan aliran Syiah yang minoriti membenarkannya. Mungkin ia sebagai tarikan untuk menyokong aliran terbabit. Dengan itu masyarakat Islam tidak boleh menghalalkannya kerana sudah sabit pengharaman nikah mutaah. Mengenai kemungkinan zina dapat dielakkan dengan nikah mutaah ia tidak dapat dinafikan seperti daripada kata-kata Ibnu Abbas itu.Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan di atas, nikah mutaah tidak mencapai hikmah di sebalik perkahwinan. Ia mungkin dapat membendung nafsu manusia semata-mata, tetapi gagal mencapai hikmah perkahwinan yang lain. Rasulullah sendiri tidak pernah berkahwin secara nikah mutaah. Dengan itu sekiranya kita benar-benar mahu mengambil Baginda sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah), nikah mutaah sudah tentu tidak diikuti. Dengan itu, pendapat majoriti di kalangan mazhab Islam hendaklah diterima dan diikuti kerana ia mempunyai asas fiqah yang benar dan sesuai dengan hikmah perkahwinan itu sendiri. Usahlah diikuti pendapat minoriti yang sesuai dengan rasa hati dan keinginan semata-mata.

So ape beza dengan Nafkah mutaah?

Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah: “ Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : 241)
Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan: “Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan”. (Surah Al-Baqarah : 236)
Firman Allah swt : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya”. (Surah Al-Ahzab : 49)
Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.
Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.
Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.
Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:
Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.
Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.
Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.

Utusan Malaysia Online - Laporan Khas

Utusan Malaysia Online - Laporan Khas

Shared via AddThis

Isnin, 22 Jun 2009

Penang - Bon Odori Carnival 2009

Penang Bon Odori, round the corner....this year will be held at Esplanede Penang (near Padang Kota Lama / Port Conwallis) on 18 July 2009 6.pm - 11pm...Sesiapa yang beminat sila dapatkan coupon RM20.00 per set...sebenarnya takde coupon pun boleh pergi tengok show nie..

Karnival ini dianjurkan oleh The Penang Japanese Association, merupakan acara tahunan. Pelbagai aktiviti kebudayaan Jepun akan dipersembahkan pada malam tersebut seperti tarian kabuki, ala-ala geisha, ada pertunjukkan bunga api, gerai jualan cenderahati dan makanan... so kopun yang anda beli tu bolehlah digunakan untuk membeli-belah pada hari tersebut...

Khamis, 21 Mei 2009

Happy Birthday to CT


Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to CT......Happy birthday to you. Birthday yang ke berapa ni?...36th pada 9hb May...ooppps, alamak. What everlah, umur tu kan sekadar angka. T, semoga suksess selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah....that my wish to you.....hari tu zahir tak terucap masa ko tanya..terkedu pulak aku, termalu pun ada rase...klau ko baca blog aku nie, ko tau lah...aku bukan nak wish n bagi ko sorang dengar, tapi untuk semua n sesiapa sahaja yang baca blog nie...grand gitu.

Aik tu bukan anak kucing ler...ishk.ishk

Maaf aku tak sedia sebarang hadiah untuk ko....tapi yang pastinye aku n biah yang makan banyak kek tu..ko cuit sikit jer sbb ko kate lebih suka makan puding caremal yang aku buat!! apa-apa je lah CT.
Terkenang masa kecik-kecik ke?

CT & Biah jadi duta for Mother's Day Cake..

Erm.... yummy, yummy, thanks birthday girl, we all sibuk makan, ko ambik gambar jelah.

Yelah sape tak teruja dapat hadiah besday digicam yang canggih gitu....syoknye..Dapat makan kek nie lewat sehari sebab kita org semua keletihan malam tu, so terus tido jer..

*Tak lupa untuk sorang lagi member aku yang sambut hari lahir yang sama hari, aik nama pun CT gak, Siti Rohani..happy birthday n all the best both of you.

Isnin, 18 Mei 2009

H1N1 - sekadar petanda or malapetaka?


H1N1 or Swine Flu or Selsema Babi? apa pun nama yang diberi, bahang malapetaka yang dibawa tetap memberi kesan kepada setiap individu.. Ketika para sarjawanawan ekonomi bergelut mencari formula baru untuk menangani kemelut kejatuhan ekonomi dunia...Golongan pengamal perubatan turut bergelut dengan penyebaran virus baru H1N1.... begitu hakikatnya kini, dunia tanpa sempadan, penyakit juga merebak dengan cepat tanpa boleh disempadani lagi...Hanya berapa hari virus itu dikesan di Mexico telah merebak ke USA, Canada dan negara sempadannya yang terdekat....

Kini telah menjangkau lebih daripada 34 negara yang dikenalpasti.. Malaysia juga tidak terlepas dari virus ini.. kes ke-2 telah disahkan 2 hari lepas.

Pertama kali mendengar kewujudan virus ini kira-kira 2 minggu lepas, dari siaran berita tv...oleh kerana ada sifat suka ambik tahu, saya pun buat rujukan lanjut sama ada dari internet or bahan cetak lain...rupa2nya ia bukan pertma kali dunia dikejutkan dengan virus H1N1, kerana virus yang seakan sama telah melanda dunia tahun pada 1918 yang dikenali sebagai Sepanyol flu dan telah mengorbankan jutaan nyawa.

Pelbagai persoalan timbul dibenak ini. Dengan kecanggihan teknologi kini, dapatkah semua ini diatasi? bagaimana kuman yang kecil itu boleh meluluh lantakan seluruh dunia? Senjata canggih yang boleh musnahkan sesebuah negara, tetapi kenapa kuman sebesar hama itu masih tidak boleh dimusnahkan?

Perlukah kita berpeluk tubuh kerana, kita masih selamat dan belum dijangkiti? Perlukah kita melarikan diri dari penyakit ini? Kemana sekalian kita hendak lari menyelamatkan diri? Yang pasti tetapkan arah larian kita. Arahnya ke arah tempat yang diredai Allah Subahanawataala. Bagi yang tergelincir kembalilah kelandasan yang benar. Perpegang teguhlah pada perintah Allah, tinggalkan semua laranganNya..

Renunglah jauh ke dalam setiap tragedi, sama ada kita menggapnya sebagai takdir yang tertulis atau sebagai petanda akhir zaman...Allah sedang menguji setiap mahluknya. Ujian itu silih berganti dan di turunkan dalam berbagai-bagai bentuk, H1N1 mungkin salah satunya..begitulah hanya Allah yang maha tahu!!!!!!Ya Allah aku berlindung hanya padamu, dan Kau cucurilah rahmatMu keatas junjungan besar kami Muhamad Rasulullah... kerana tanpa doa dan rasa cintanya kepada kami umatnya, sudah tentu Kau telah mengazab kami dengan ujian yang maha pedih....Amin, Amin Yarabal Alamin

Alahai Teluk Tempoyak......

Fenomena indah ini dirakam 2 minggu lepas (9hb Mei 09) ketika menjamu selera di Teluk Tempoyak.. Teluk tempoyak merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah selatan Pulau Pinang... Sepanjang saya menetap di Penang ni (lebih kurang 16 tahun), kalau teringin nak makan ikan bakar, inilah tempat yang akan saya kunjungi. Walaupun sudah terdapat banyak gerai ikan bakar lain dan ada di antaranya terletak berhampiran dengan kawasan kediaman saya..

Itulah yang dinamakan nostalgia mungkin or cinta pandang pertama..Kerana tempat inilah yang mula-mula saya kunjungi..dan memang banyak kenangan bersama-sama rakan seperjuangan dulu tercatat di sini. Untuk sampai ke tempat ini terpaksa melalui bukit dan selekoh yang tajam, tapi itu tak mematahkan semangat kawan-kawan yang lain, ketika itu kami hanya menaiki motorsikal. Betapa teruja masing-masing hendak menjamu selera dengan ikan bakar Teluk Tempoyak. CT salah seorang sahabat yang menjadikan tempat ini kawasan wajib untuk di lawati bila berkunjung ke Penang.
Gambar2 ini diambil ketika kunjungan CT ke penang tahun ini...
Bulan purnama di teluk tempoyak...Cantik shoot nie, guna kemera CT yang canggih tu Sony dx2000..

Sementara menunggu menu ikan bakar siap, rata kerang rebus dengan sotong goreng tepung dulu ler, as a appertiser ler konon.

Dah makan half, baru teringat nak ambik gambar ikan bakar nie...

Terpaksa ler lupakan program diet bila berkunjung ke sini..

Untuk kawan-kawanku yang lain, tempat ini tak banyak yang berubah, cuma gerai asal telah dipindahkan ke arah berdekatan jeti, 50mter dari tapak asal saja.. ini untuk menampung bilangan pengunjung yang datang.....


Nama2 sabahabatku yang pernah menjamu selera bersamaku di sini, yang masih kuingati....Aziana, Ma'ani, Na'asah, CT Lipah, Biah, CT Nurfadzera, Zaviyah (K. Long), Ros, Azalina, Zety, Roslina, Adzliza, Azie, Zihan, Asmawati, Karim, Nor Eta, K. Lin, Jayanti (K. Jay), Ariza, Nursamihah, Fazilan, CT Noraini, Noah, Izan, Jusafariah, Azila, Linot, Nora, K. Yah, Mek Ni, Sy Mimi, Ramli, n family member dari Sandakan, Johor & Sidam Kedah...kalau ada antara nama2 yang tak disebutkan, ribuan maaf kupohonkan,